Pada tanggal 2April2012 bermulanya perkhemahan kor kadet polis peringkat daerah kota kinabalu. selama 4 hari 3 malam. Inilah perkhemahan yg agak lama yg pernah sara join. Sebelum ni 3 hari 2 malam je. camping ni dibuat dekat ODEC, Universiti Malaysia Sabah. Camping kali ni agak mencabar la jugak. Yela, polis kan. Mestilah mencabar gitu. Nak tahu tak apa aktiviti sara. okay sara story mory kay :)
2APRIL2012
Sara bangun pukul 5 pagi. Nak siap siap semua. Bag semua dah kemas dgn tersusun. First first ofcourse la mandi. Dah mandi pakai la uniform kadet polis dgn bangganye :D full okay. Penat dan susah cari kasut KP. Dahla dekat sini shopping complex tutup awal. Tak sabar sabar nak balik rumah. Baik tak payah kerja oh. ishhh, Buat sakit hati je. Kesian parents sara cari kasut tu utk sara tau. Satu KK sara dah tawaf tau. Semata mata cari kasut KP polis yg berkilat. Kalau dekat KL senang je cari, depan rumah pun dah ada. So senang. Back to the story, dah pakai uniform dgn bangga terus pergi breakfast. Salam salam mommy terus pergi sekolah dulu. Dah sampai sekolah adala beberapa manusia baru dtg lengkap dgn uniform. Lawa lawa kemas kemas :) Lepastu tolog cikgu cari khemah yg elok and tak bocor. Yang pedih danh sedih lagi sedisnye kitorg last minute dberitahu kitorg tidur dalam khemah. Sebelum ni cikgu ckp tidur dalam dorm tiba tiba tak jadi pulak. Aduhh dahla tak prepare apa apa tiba tiba kena tidur dalam khemah. okayla fine terima jela seadanye. Dah cari khemah apa semua, It's time to naik bas. hahahahahahaha XD Dalam beberapa minit yg agak lama lah jugak sbb traffic jam akhirnya ktorg sampai dgn selamat. Sara ingat sekolah sara paling lambat dtg hm ambik kau beberapa sekolah je baru dtg. Sekolah ktorg terlalu semangat. Then, kitorg kena pasang khemah dulu. wahh pasang khemah tu, hebat sara pasang khemah. Tak sangka sara pandai ohh. hahahaha Khemah dah siap dipasang,kena kumpul and then ceramah ceramah la. makan makan apa semua ada aktiviti. Aktiviti nye diberi nama jalan lasak, and you know what, group sara menang dalam aktiviti ni. Biasala, kalau ada sara mesti menang punyala. hahahaha Penat la jugak aktiviti ni, lebih kurang mcm merentas desa cuma ada cabaran sikit sikit. Rehat, tggu aktiviti malam pulak. Mcm semua perkhemahan la kalau first malam je apa lagi, ice breaking la. aktiviti yg paling sara tak suka. Tapi kali ni punya ice breaking best sbb kitorg main music box :) Dalam game tu fuhh nasib baik sara tak kena. Kalau kena habis lah kena cabut satu hukuman and then kenalah. Malu kot. Dah habis semua baru mandi, makan maggi, tidur :)
3APRIL2012
Hari yg seterusnya :) Lagi la bnyk aktiviti. first aktiviti exercise babe. Macam macam lagu ada time ktorg exercise, yg pasti poco poco tak lepas. Act sara tak suka sngt poco poco ni. Tak follow sngt tapi tetap join. hahahaha Dah exercise keluar peluh makan time :D makan apa eh time tu jap let me ingat ingat first first hmm ohh makan nasi putih dgn sardin. Okayla tu walaupun agak aneh sebab pagi pagi dah makan sardin dgn nasi putih. Pelik. And then, kitorg teruskan dgn aktiviti kawad :) yeah menakutkan sbb yela polis yg bagi arahan. takuttttttttt. Nasib baik tak gugur je jantung ni. And kawad ni siapa yg bagus dan terbaik akan pergi ke peringkat negeri tak silap sara. Dan dgn ini saya mengumumkan sara tak dapat, awal awal dah out. hahahah mmg sara tak berbakat dalam kawad ni. Taknak pun. Menakutkan. Kawad habis, makan lagi :) part yg paling suka. hahahaha dah makan kenyang alhamdulillah sambung aktiviti lagi, Alamak lupa lah, ala la lupa sngt. takpela pedulikan. dah habis aktiviti yg sarah lupa tu sara rehat la. sambung aktiviti malam, ktorg main main apa ntah sampai pukul 2 pagi. lama kan. mmg lama dan penat. Hanya tuhan je tahu betapa ngantuk nye mata ni.
4APRIL2012
5pagi lebih, sara bangun. agak sekejap kay sara tidur. itu pun tak berapa lena sngt. Macam semalam jugak, sama je. exercise,breakfast. terus la ke aktiviti k. aktiviti time tu ktorg main aktiviti polis treasure hunt. Ohmyyygoddd susah aktiviti ni. kitorg ada 6 check point and setiap check point tu ada cabaran sendiri. Ada satu cabaran ni sara dah hampir nak lepas tiba tiba budak ni terjatuh aduhh kena ulang lagi semula. gila tak penat. dahla susah. Nak menangis meleleh leleh aku rasa. Takpela semangat semangat. Oh lupa nak bgtahu, setiap kumpulan mesti ada nama kan. And try teka apa nama kump sara ? jeng jeng jeng namanye ialah BADAK ! hahahaha what ?! badak tu. Tak tahula badak air ke badak sumbu ke tak heran pun. lantakla. Mcm takde binatang lain and bukan ktorg nak nama ni kay. Polis tu yg bagi.Ikut jela. Eeeee tak suka tapi ada menang so takpela. Next aktiviti ktorg ada sukaneka :) Mcm budak budak kan ? comel. hahaha Salah satu sukaneka nye mcm biasa cari gula dlm tepung, time sara, sara semangat pergi and tiup tiup supaya tak kena muka sngt la. Last last ada salah satu polis tu tonyoh muka sarah dalam tepung habis satu muka penuh dgn tepung kena lagi dgn rambut dah mcm org tua tahu tak. haishhh, takpela polis saya maafkan :) aktiviti malam, Malam kebudayaan :) sara punya group buat drama pasal SI BADAK LUPA DIRI. Sara tak berlakon sara jadi tukang cerita mcm penglipur lara la. Bnyk gila ayat sarah salah contohnya perkataan memulaukan sepatutnye perkataan nye mcm tu tapi sara ckp memulaui, apa jenis ayat la tu.-,- malu ohh, polis tu dngr dia ckp ayat apalah tu. aduhhh. Buat muka tebal jela time tu. Mana tak tunggang langgang dah la diorg punya idea last minute lepastu sarah takde script spontan je ckp. Memang tunggang langgang la kan. Dah habis kitorg buat mcm club :) dgn main lagunye joget mcm org gila. Fuhhhh mmg The Best ! Dah best best ada pulak sesi yg sarah tak suka. Haishh malas nak inga mals nak cerita. Biar jela jadi kenagan manis :) manis lah sngt -,-
5APRIL2012
Hari yg last and balik time !!!!! yeahhhhhh bestnye. Walaupun nak balik adalah jugak rasa sedih nak tinggalkan tapi tetap nak balik. Rindu tu dah lama tak jumpa family jumpa phone :) Dahlama tinggal phone rindu tau nak text text. Rindu jugak dekat org tu :) Lama tak text la katakan. Dekat pasir tulis tulis je nama dia. cehcehceh, hahaha Dahla last day tu sarah dgn dia 8 months tahu tak. Wahhh lama ktorg kawan :) Memang ahh, sampai bila bila pun sarah akan kawan dgn dia. Always with him :) Dah tu je. byeee
SELAMAT MEMBACA KARANGAN GRED A+++++ :D
No comments:
Post a Comment